Thursday, August 25, 2016

Permainan Tradisional


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.


Tingkatan 1, Tema 4 : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia



OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
  2. Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
  3. Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Tuesday, August 23, 2016

Tingkatan 1, Tema 3 : Hidup Bermasyarakat

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
  1. Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
  3. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Tingkatan 1, Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
  2. Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan yang erat.
  3. Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota keluarga.


Wednesday, August 10, 2016

Nota PSK Tingkatan 1

Kalau cikgu yang minat politik subjek PSK adalah subjek yang sesuai kerana banyak perkara berkaitan politik semasa secara umum. Nota ini membantu guru yang baru dalam subjek ini.


Pendidikan Sivik Dalam Tiga Mata Pelajaran Mulai 2017


KUALA LUMPUR: Kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah akan dimantapkan mulai tahun 2017 bagi memperkasa pendidikan sivik dan kewarganegaraan (PSK).

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching memberitahu Dewan Rakyat hari ini PSK yang kini merupakan mata pelajaran teras di sekolah menengah tidak akan diajar sebagai mata pelajaran khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Pengenalan Kepada Subjek PSK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan mata pelajaran yan memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
Kandungan mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada hubungan murid dengan masyarakat, peranan, hak dan tanggungjawab murid sebagai warganegara dan pemupukan nilai yang perlu untuk membentuk individu yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Tuesday, August 9, 2016

Mengajar Subjek PSK

Mulai tahun lalu aku diminta mengajar PSK (Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan). Bayangkan kalau anda seorang guru option Fizik & Maths di minta mengajar subjek bukan option, anda sudah boleh memahaminya... melainkan anda tidak boleh berfikir.

Masa aku di SMKSO dulu, aku mengajar subjek option. Kemudian aku mulai sibuk dan tak cukup masa apabila menjadi Ketua Guru Disiplin. Atas dasar itu aku mendapat subjek sampingan PJK (Pendidikan Jasmasi dan Kesihatan) dan PSV (Pendidikan Seni Visual) untuk ringakan tanggungjawab kepada kelas peperiksaan.