Monday, March 19, 2018
Perkenalkan semula subjek sivik, kemanusiaan
Kerajaan disaran agar memperkenalkan semula mata pelajaran Sivik dan Kemanusiaan dengan menyuntik elemen adab serta kefahaman antara kaum.
Mata pelajaran berkenaan sewajarnya diperkenalkan sejak kanak-kanak berusia empat tahun kemudian diteruskan di peringkat prasekolah hingga ke sekolah rendah.
Thursday, August 25, 2016
Permainan Tradisional
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Tingkatan 1, Tema 4 : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
- Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
- Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
- Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)