Monday, March 19, 2018

Perkenalkan semula subjek sivik, kemanusiaan


Kerajaan disaran agar memperkenalkan semula mata pelajaran Sivik dan Kemanusiaan dengan menyuntik elemen adab serta kefahaman antara kaum.

Mata pelajaran berkenaan sewajarnya diperkenalkan sejak kanak-kanak berusia empat tahun kemudian diteruskan di peringkat prasekolah hingga ke sekolah rendah.


“Bagi mengukuhkan integrasi kaum, mata pelajaran Sivik dan Kemanusiaan wajar diwujudkan semula dengan diberi nafas baru seiring dengan perubahan arus pendidikan negara.

“Elemen adab dan persefahaman antara kaum merupakan perkara yang perlu diberi penekanan sejak kecil agar dapat melahirkan budaya hormat menghormati an­­tara satu sama lain.”

Negara-negara lain seperti Korea dan Jepun yang masyarakatnya mempunyai nilai serta adab yang tinggi menerapkan elemen tersebut dalam kalangan rakyatnya sejak mereka kecil lagi.

“Kita memandang tinggi adab masyarakat Jepun dan Korea jadi jika kita mahu menjadi seperti mereka dengan mulakan langkah dari sekarang.”

No comments:

Post a Comment