Thursday, August 25, 2016

Tingkatan 1, Tema 4 : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia



OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
  2. Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
  3. Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 


ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM


KAUM CINA
Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.

KAUM MELAYU
Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk pengantin.

KAUM INDIA
Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.

KAUM IBAN
Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, melukis tatu.

KAUM KADAZAN
Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.


PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM


Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun.
Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan malapetaka berlaku.
Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran.

KAUM MELAYU
Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

KAUM CINA
Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

KAUM INDIA
Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.
Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

KAUM IBAN
Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

KADAZAN
Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

2 comments:

  1. saya mahasiswa dari indonesia sedang mempelajari pendidikan sivik dan kewarganegaraan malaysia tapi terkendala dengan bahasa :(

    ReplyDelete
  2. tolong saya untuk pahami psk sekolah rendah please

    ReplyDelete