Thursday, August 25, 2016

Permainan Tradisional


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.


Tingkatan 1, Tema 4 : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia



OBJEKTIF PEMBELAJARAN
  1. Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
  2. Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
  3. Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Tuesday, August 23, 2016

Tingkatan 1, Tema 3 : Hidup Bermasyarakat

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
  1. Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
  3. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.